Wednesday, 21 September 2016

m+ 4 5

Hukum-hukum Indeks – Hukum 1

Hukum-hukum Indeks – Hukum 1

am x an = am+n
dimana am dan n adalah nombor nyata.


Pembuktian Hukum 1



Contoh 1

Cari nilai bagi yang berikut.


Penyelesaian:



Contoh 2

Ringkaskan,


Penyelesaian:


kimia 4 5

Tindakan Pencucian Sabun

Formula am sabun dapat diwakili dengan RCOONa untuk garam natrium atau RCOOK untuk garam kalium dengan R sebagai kumpulan alkil yang berantai panjang.


Contoh:
a) Natrium stearat, C17H35COONa, dimana R ialah C17H35
b) Kalium palmitat, C15H31COOK. Dimana R ialah C15H31

Dalam air, sabun tercerai kepada ion logam dan ion karboksilat yang bergerak dalam air. Sebagai contohnya, natrium stearat membentuk ion natrium dan ion stearat yang bebas dalam air. Ion stearat juga disebut zarah atau anion sabun.


Zarah yang aktif dalam sabun ialah zarah sabun (anion sabun). Ion ini terdiri daripada dua bahagian:
a) Bahagian kepala yang bersifat ion.
b) Bahagian ekor hidrokarbon yang mengandungi ikatan kovalen.

Bahagian kepala mengandungi kumpulan karboksilat COO yang larut dalam air, iaitu bersifat hidrofilik. Sebaliknya, bahagian ekormengandungi rantai panjang hidrokarbon (bahagian kovalen) yang tidak larut dalam air, tetapi larut dalam pelarut organik seperti minyak atau gris, iaitu bersifat hidrofobik.

Struktur zarah sabun (ion stearat).

Apabila sabun dilarutkan dalam air, sabun terurai kepada zarah sabun dan ion natrium. Larutan bersabun mengandungi zarah sabun dan ion natrium yang bebas bergerak.

Apabila zarah sabun bertemu dengan kotoran berminyak (gris) pada permukaan kain, ekor hidrokarbon yang bersifat hidrofobik larut dalam gris manakala bahagian kepala yang bersifat hidrofilik larut dalam air.

Bahagian kepala zarah sabun yang bercas negatif tertarik kepada air. Daya tarikan antara air dan bahagian kepala zarah sabun membolehkan gris ditanggalkan apabila air dikacau.

Gris ditanggalkan daripada permukaan kain merupakan titisan bercas negatif yang terapung-apung dalam air. Titisan-titisan gris ini menolak antara satu sama lain kerana mempunyai cas yang sama.

Apabila dibilas dengan air, permukaan kain menjadi bersih kerana titisan-titisan gris itu tertinggal dalam air. Proses menghilangkan kotoran oleh tindakan sabun dapat dipercepatkan jika larutan sabun dikocak dengan kuat atau dipanaskan.

Selain bertindak sebagai agen pencuci, zarah sabun juga berperanan
  1. Sebagai agen pembasah yang mengurangkan tegangan permukaan air lalu membantu air membasahi permukaan yang dicuci.

  2. Sebagai agen pengemulsian yang membolehkan titisan gris (kotoran) tersebar di dalam air tanpa bergabung, iaitu membentuk larutan emulsi. Hal ini membolehkan tindakan pencucian sabun lebih berkesan.

fizik4 5

Tenaga Kinetik & Halaju Elektron Dalam Tiub Sinar Katod

Apabila suatu voltan, V, dikenakan merentasi katod dan anod suatu senapang elektron, tenaga elektrik yang dibekalkan kepada setiap elektron ialah eV, dimana cas elektron, e = 1.6 x 10-19 C.

Tenaga kinetik dan halaju elektron.

Anggapkan bahawa elektron-elektron dipecutkan dari halaju sifar pada katod hingga halaju akhirv, pada anod.



Contoh

Dalam sebuah tiub televisyen, elektron yang dipancarkan dari suatu senapang elektron dipecutkan oleh voltan 10 kV sebelum menghentam skrin. Hitungkan,

a) Tenaga elektrik yang dibekalkan kepada setiap elektron.

b) Halaju akhir setiap elektron itu.

[Cas elektron, e = 1.6 x 10-19 C ; jisim elektron, m = 9.1 x 10-31 kg]

Penyelesaian:


biologi

Protein

Protein ialah sebatian organik kompleks yang terdiri daripada unsurkarbonhidrogenoksigen dan nitrogen. Kebanyakan protein juga mengandungi unsur sulfur dan fosforus.

Makanan yang kaya dengan protein termasuklah ikan, daging, susu, kacang dan telur.

Semua protein terdiri daripada satu atau lebih polimer yang dikenali sebagai polipeptida.

Setiap polipeptida pula dibina oleh monomer atau unit kecil yang disebutasid amino.

Satu polipeptida boleh terdiri daripada lima puluh sehingga beribu-ribu molekul asid amino.

Asid amino terangkai bersama melalui proses kondensasi.

Dipeptida terdiri daripada dua molekul asid amino yang dirangkai bersama oleh ikatan peptida melalui kondensasi. Satu molekul air disingkirkan.

Tindak balas kondensasi seterusnya merangkaikan lebih banyak asid amino untuk membentuk satu rantai polipeptida.

Dipeptida boleh diuraikan kepada asid amino melalui hidrolisis.


Protein atau polipeptida yang diuraikan oleh enzim pencernaan melalui tindak balas hidrolisis akan diserap ke dalam peredaran darah.


Asid amino ini digunakan untuk mensintesis molekul protein berlainan yang diperlukan oleh badan.


Jenis asid amino

Terdapat kira-kira 20 jenis asid amino yang wujud secara semula jadi.

Asid amino dibahagi kepada dua jenis, iaitu:
  1. Asid amino perlu.
  2. Asid amino tak perlu.
Asid amino perlu dapat disintesis oleh badan dan ini harus diperoleh daripada gizi harian, contohnya, histidina dan leusina.

Asid amino tak perlu dapat disintesiskan oleh badan daripada asid amino yang lain.

Terdapat 9 asid amino perlu, dan  11 asid amino tak perlu.


Kelas protein

Protein dibahagikan kepada dua kelas, iaitu:
  1. Protein kelas pertama.
  2. Protein kelas kedua.
Protein kelas pertama ialah protein yang dapat membekalkan semua asid amino perlu kepada badan, misalnya, protein dalam daging, ikan, susu dan telur. Protein haiwan adalah protein kelas pertama.

Protein kelas kedua ialah protein yang tidak mempunyai semua asid amino perlu. Protein tumbuhan ialah protein kelas kedua.

matematik 4 5

Kaedah Pemfaktoran

Untuk menentukan punca persamaan kuadratik, kita menggunakankaedah pemfaktoran (factorisation method), iaitu (x + p)(x + q) = 0 atau (mx + p)(nx + q) = 0.

Oleh kerana sesuatu persamaan kuadratik boleh difaktorkan sebagai hasil darab dua ungkapan linear (yang boleh disamakan dengan 0), maka persamaan itu selebih-lebihnya mempunyai dua punca.

Contoh 1

Selesaikan setiap yang berikut.

a) x2 = 7x

b) p2  6p  7 = 0

Penyelesaian:


Contoh 2

Selesaikan setiap yang berikut.

a) 2q2 + 7q + 6 = 0

b) 2r2  9r + 4 = 0

Penyelesaian:


Contoh 3

Selesaikan setiap yang berikut.

a) 6m2  22m  8 = 0

b) 7p  2  6p2 = 0

Penyelesaian:

matematik123

Menentukan sama ada nisbah yang diberi ialah nisbah setara

Nisbah bagi dua kuantiti tidak berubah jika kedua-dua nombor (kuantiti) dalam nisbah didarab atau dibahagi dengan faktor yang sama. Misalnya,



Contoh

Tentukan sama ada nisbah yang diberi ialah nisbah setara.

a) 2 : 7 dan 6 : 21

b) 20 : 12 dan 4 : 3

Penyelesaian:

sains

Kelenjar Endokrin

Bukan semua koordinasi aktiviti badan dikawal dan diselaraskan oleh sistem saraf. Sesetengahnya dikawal dan diselaraskan oleh sistem endokrin, contohnya proses pertumbuhan.

Koordinasi ini dikenali sebagai koordinasi kimia kerana melibatkanbahan kimia, iaitu hormon yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin.

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan kelenjar endokrin utamadalam badan manusia.

Kedudukan kelenjar endokrin manusia, lelaki dan wanita.
(tekan pada gambar untuk besarkan paparan)

Kelenjar endokrin ialah kelenjar tanpa duktus atau salur. Setiap hormon yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin mempunyai fungsi masing-masing dan dibawa terus ke sistem darah tanpa melalui sebarang salur.

Rajah di bawah menunjukkan rembesan hormon terus ke dalam darah.


Hormon memberi kesan ke atas kesihatan manusia. Aras hormon perlu kekal dalam keadaan seimbang. Kelebihan atau kekurangan aras sesuatu hormon dalam darah boleh membawa kesan buruk. 

Misalnya, hormon insulin berfungsi untuk mengawal aras glukosa dalam darah dan merangsang penguraian glukosa dalam hati. Kekurangan hormon insulin boleh menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit diabetes (kencing manis).

tingkatan 1 sains

Sistem Pencernaan Manusia

Sistem pencernaan manusia (human digestive system) terdiri daripada satu tiub yang disebut salur pencernaan (alimentary) dan beberapa organ lain seperti hati (liver) dan pankreas (pancreas).

Salur pencernaan (alimentary canal) terdiri daripada mulut, esofagus, perut, usus kecil, usus besar, rektum dan dubur (bermula daripada mulut hingga ke dubur).
Sistem pencernaan manusia.

Makanan yang ditolak sepanjang salur pencernaan oleh otot dinding yangmengecut dan mengendur secara bersilih ganti melalui prosesperistalsis.

Pergerakan peristalsis.


Mulut

Pencernaan makanan bermula di mulut. Makanan dikunyah oleh gigi menjadi cebisan kecil untuk membekalkan luas permukaan yang besar untuk tindakan air liur.

Kelenjar air liur merembeskan air liur yang bersifat alkali dan mempunyaienzim amilase liur (ptialin).

Amilase liur mencernakan kanji kepada maltosa (sejenis gula).



Esofagus

Makanan ditolak menuruni esofagus (oesophagus) ke dalam perut oleh otot-otot dinding esofagus yang mengecut dan mengendur secara bersilih ganti.

Proses pengecutan dan pengenduran (contraction and relaxation) ini disebut peristalsis.

Tiada pencernaan berlaku di esofagus kerana tiada enzim percernaan dirembeskan.


Perut

Makanan dicampurkan dengan jus gaster (gastric juices) di dalam perut yang dirembeskan oleh sel-sel dinding perut.

Jus gaster mengandungi asid hidroklorikair dan proteasePepsinadalah sejenis protease (enzim pencerna protein) yang terdapat di dalam perut.

Fungsi asid hidroklorik dalam perut adalah termasuk:
  • Menyediakan medium berasid untuk tindakan enzim.
  • Membunuh bakteria dalam makanan.
  • Meneutralkan sifat alkali air liur dan menghentikan tindakan enzim amilase liur.

Enzim pepsin mencernakan protein kepada pepton.


Enzim renin menggumpalkan susu dalam perut bayi untuk memudahkan tindakan enzim pepsin.



Usus kecil

Kebanyakan pencernaan berlaku di dalam usus kecil (small intestine).

Makanan yang bergerak ke dalam usus kecil bercampur dengan
  • Rembesan daripada hati (liver).
  • Enzim daripada pankreas dan usus kecil.

Duodenum ialah bahagian pertama usus kecil. Duodenum menerimahempedu dan jus pankreas.

Hempedu (bile) dihasilkan oleh hati (liver) dan disimpan di dalam pundi hempedu (gall bladder). Hempedu disalurkan ke duodenum melaluiduktus hempedu (bile duct). 

Hempedu berfungsi untuk:
  • Membaurkan (emulsification) lemak, iaitu memecahkan titisan besar lemak kepada titisan kecil untuk tindakan enzim.
  • Menyediakan medium beralkali untuk tindakan enzim.

Jus pankreas yang dihasilkan oleh sel pankreas mempunyai tiga jenis enzim, iaitu enzim amilase pankreasenzim protease dan enzim lipase.

Enzim amilase pankreas mencernakan kanji kepada maltosa.


Enzim protease mencernakan pepton kepada asid amino.


Enzim lipase mencernakan lemak kepada asid lemak dan gliserol.


Usus kecil (ileum) menghasilkan enzim maltase yang mencernakan maltosa kepada glukosa (gula ringkas).

Pencernaan makanan lengkap di usus kecil. Makanan yang tercerna sedia diserap masuk melalui dinding usus kecil ke dalam aliran darah.


Usus besar

Air diserap semula dalam usus besar (kolon). Bahan makanan yang tidak tercerna disingkirkan dari badan melalui dubur (anus) sebagai najis(faeces).

tingkatan 1 matematik

Nota Matematik Tingkatan 1

Bab 2 - Corak/Pola Nombor dan Urutannya (Number Patterns and Sequences)


Bab 3 - Pecahan (Fractions)


Bab 4 - Nombor Perpuluhan (Decimals)


Bab 5 - Peratusan (Percentages)

Peratusan (Percentages)

Pengiraan dan Masalah Melibatkan Peratusan


Bab 6 - Integer

Membaca dan Menulis Integer (Reading and Writing Integers)


Bab 7 - Ungkapan Algebra (Algebraic Expressions) I

Anu (Unknowns)


Bab 8 - Pengukuran Asas (Basic Measurements)

Panjang (Length)

Menganggar panjang suatu objek & perhitungan yang melibatkan panjang


Bab 9 - Garis dan Sudut (Lines and Angles) I

Menandakan dan Melabel Sudut (Denoting and labelling angles)


Bab 10 - Poligon (Polygons) I

Mengenal pasti poligon & menamakan poligon


Bab 11 - Perimeter dan Luas Kawasan (Perimeter and Area)

Perimeter


Bab 12 - Geometri Pepejal (Solid Geometry) I